Hantaran Majlis Pertunanganku

Kepada bakal2 pengantin macam aku ni, ni ade sikit info pasal prosedur perkahwinan yang standard kat Malaysia ni…tetapi details nye bergantung kepada peraturan negeri2 pulak….

yang pertamanya, calon pasangannye mestilah orang yang sah berkahwin…penting ni! jgn sampai jadi macam cite hindustan udahle…hehe…

pastu, pasangan kene la isi borang mohon kebenaran kahwin..borang ni boleh dapat kat pejabat agama negeri masing2…dalam borang tu nanti korang isi la detail2 k..jgn malas2…nak kawen ke xnak? hehe…

dalam borang tu, pasangan kene sediakan beberapa perkara lah….antaranya:

  • nama 2 orang saksi (beserta salinan ic)
  • kad pengenalan sendiri
  • bukti mastautin (jika berlainan dengan ic)
  • surat pengesahan bujang drpd majikan/imam
  • sijil kursus pra perkahwinan
  • keputusan ujian HIV (bergantung kpd negeri gak ni)
  • sijil nikah ibubapa (bagi anak sulung perempuan aje)

lepas korang da isi semua, submit kat pejabat agama dan tunggu la sampai surat kebenaran nikah n borangnye dikeluarkan oleh pejabat agama…kalau macam aku kat pahang, surat ni amek masa lebih kurang seminggu gak la utk kuar…

lepas dpt surat kebenaran nikah n borangnye tu, simpan elok2 n isi la detail dlm borang tu ye…surat n borang ni korang kene bawak mase nak nikah nanti…tok kadi nak tengok tau! lepas da setel tu, ape lagi…sah la korang sebagai suami isteri…hehe…